fbpx
PERTAMBAHAN kuota import kepada enam pemain yang beraksi dalam satu-satu masa dibimbangi menjejaskan mutu skuad Harimau Malaya.

Tambah kuota import jejas mutu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenalkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang bagi musim 2024/25 Liga Malaysia (Liga M) boleh menjejaskan mutu skuad Harimau Malaya bagi jangka panjang.

Bekas pemain skuad kebangsaan, Mohd. Razman Roslan mengakui situasi itu boleh memberi tekanan buat bakat-bakat tempatan dalam usaha mendapatkan minit permainan bersama pasukan kelab masing-masing.

Kata Razman, sekiranya pemain-pemain lokal gagal turun beraksi secara kompetitif, kemungkinan besar prestasi skuad kebangsaan pada masa akan datang dikhuatiri kembali terjejas.

“Sedikit sebanyak saya rasa (prestasi Harimau Malaya) terjejas.

“Ini kerana benda itu sudah terbukti ketika Liga M tiada import pada tahun 2009 dan 2010, kita mampu melahirkan pemain-pemain tempatan berkualiti seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

“Ketika itu juga kita berjaya menang trofi Piala AFF 2010 walaupun ia hanyalah Piala AFF, tapi pemain tempatan kita mampu.

“Berbeza dengan sekarang, apabila ramai pemain import diberikan peluang beraksi, mungkin ada bakat tempatan yang sepatutnya boleh mewakili skuad negara tidak terpilih kerana kurang minit permainan,” katanya ketika ditemui semalam.

Mengulas lanjut, Razman yang juga bekas kapten Sri Pahang mengakui keputusan MFL itu juga ada pro dan kontranya, tetapi lebih kepada merugikan bakat-bakat muda tanah air yang berpotensi untuk digilap lebih jauh.

“Pemain import pun bukannya semua bagus, tapi sebab mereka pemain import mungkin jurulatih terpaksa juga turunkan,” kata tonggak pertahanan itu.

MFL sebelum ini sah memberi lampu hijau buat mana-mana pasukan turunkan kuota enam pemain import (iaitu 4+1 (Asia) +1 (Asia Tenggara) di atas padang berbanding lima pemain pada musim lalu dalam kesebelasan utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN