fbpx

Pesara ditipu pembelian hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang pesara berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM460, 000 selepas terperdaya dengan ejen hartanah berkaitan urusan pembelian hartanah sekitar Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, semalam polis telah menerima satu aduan daripada seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun selepas menyedari dirinya ditipu.

“Mangsa dikatakan telah berurusan dengan seorang individu berkaitan pembelian hartanah di sekitar Seremban.

“Mangsa kemudiaannya telah membuat pembayaran dalam urusan tersebut dengan enam kali transaksi dan juga bayaran secara tunai dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM460, 000.

“Setelah mangsa membuat pembayaran tersebut, mangsa dijanjikan dalam tempoh dua bulan segala urusan tersebut akan selesai namun setelah tempoh berakhir, mangsa menyatakan gagal menghubungi individu yang menguruskan urusan tersebut,”katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu, Mohamad Hatta berkata, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam segala urusan pembelian yang melibatkan jumlah pembayaran yang banyak dan perlu membuat semakan dengan agensi terlibat bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI