fbpx

Pengampunan Najib: Sudah ada keputusan, tunggu pengumuman – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir ke Masjid Jamek Kuala Lumpur untuk menunaikan solat jumat, di sini hari ini. -Foto SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan sudah mempunyai keputusan berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun jelas beliau, kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan itu, sebaliknya akan dilakukan oleh Lembaga Pengampunan.

“Sudah ada kepastian (keputusan). Tunggu sahaja pengumuman Lembaga Pengampunan Diraja,” katanya selepas selesai makan tengahari bersama rakyat di Medan Selera Pertama Kompleks dekat sini hari ini.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan Lembaga Pengampunan dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung permohonan Najib itu minggu ini.

Lembaga Pengampunan yang bersidang Isnin lalu, dilaporkan sudah membuat keputusan mengenai permohonan Najib tetapi hingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Terdahulu, satu portal berita luar negara telah melaporkan hukuman yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu dikurangkan kepada enam tahun berbanding 12 tahun yang diberikan mahkamah sebelum ini.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan itu telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun pada tahun 2022 dan didenda sebanyak RM210 juta.

Dalam laporan portal tersebut juga memaklumkan, pengurangan tempoh hukuman itu bermakna Najib dijangka menyelesaikan hukumannya pada Ogos 2028.

Bagaimanapun dengan parol berkelakuan baik, Najib dijangka dibebaskan pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI