fbpx

PATI lari dari depoh: Etnik Rohingya diasingkan, elak agresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memutuskan untuk mengasingkan 2,676 orang etnik Rohingya di 12 depoh tahanan di seluruh negara kepada kumpulan lebih kecil bagi mengelak risiko kelakuan agresif.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tindakan itu diambil susulan insiden rusuhan membabitkan 131 tahanan di Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan, etnik Rohingya akan bertindak lebih agresif jika berada dalam kumpulan besar di satu-satu tempat.

“Mereka akan dipecahkan kepada kumpulan kecil dan ditempatkan di depoh tahanan imigresen serta ditempatkan bersama tahanan warganegara lain.

“Mereka ini agresif, kita tidak mahu mereka terlalu ramai dalam satu blok, kita campurkan mereka dengan warga lain supaya mereka tidak berkumpul terlalu ramai,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Katanya, tindakan itu juga dibuat sebagai antara langkah segera dalam mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) tahanan di depoh susulan kejadian rusuhan dan insiden lolos itu.

Dalam perkembangan sama, Ruslin berkata, Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak ditutup buat sementara susulan insiden itu untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, baki seramai 435 tahanan yang masih berada di depoh berkenaan dipindahkan ke enam pusat tahanan lain.

“Enam depoh itu antaranya di Machap, Melaka; Lenggeng, Negeri Sembilan; Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Kemayan, Pahang dan Langkap, Perak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI