fbpx

Najib dibebaskan 23 Ogos 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini iakan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 memutuskan hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

“Oleh yang demikian, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

“Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun yang mana tarikh pembebasan beliau pada 23 Ogos 2029,” kata kenyaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI