fbpx

Maut langgar pacuan empat roda hilang kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

KUALA SELANGOR – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Tanjong Karang-Sungai Besar di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu mengakibatkan mangsa dikenali Siti Norfatihah Anan berusia 24 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.10 malam.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan antara kereta Perodua Kenari dan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

“Pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 51 tahun dipercayai menghala ke Kuala Selangor, manakala Kenari dipandu mangsa dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan cuba memotong kenderaan di hadapannya namun hilang kawalan dan bertembung dengan kereta mangsa,” katanya hari ini.

Tambah Wan Md. Razali, pemandu Ford itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat.- KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI