fbpx
Tangkap layar seorang lelaki yang sedang mengalihkan objek yang terjatuh di tengah jalan.

Masih ramai orang baik di dunia ni – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal mengalihkan objek di tengah jalan raya, dipercayai di Icom Square, Kuching Sarawak, meraih pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian video Sarawak Roads Update di Facebook, jelas kelihatan seorang lelaki terlebih dahulu memberhentikan motosikalnya di seberang jalan.

“Dirakam di seberang Hap Seng Star berdekatan Icom Square, seorang penunggang motosikal telah bantu alihkan bahaya di jalan.

“Masih ramai orang yang baik di dunia ini. Terima kasih,” jelas hantaran berkenaan.

Usaha individu itu meraih pujian orang ramai yang rata-rata menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sangat prihatin.

“Bagus, rider yang prihatin,” puji Peter Majeng.

“Alhamdulillah terbaik. Semoga mendapat balasan yang baik kepada beliau,” ucap Evnue Haj.

“Cukup prihatin. Tahniah, usaha anda sangat dihargai,” kata Ipgoh Bungin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN