fbpx

[VIDEO] ‘Terima kasih sebab pulang pada saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dan tangkap layar video yang dimuat naik oleh Nurhaida di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – ‘Terima kasih sebab pulang pada saya’.

Itulah luahan Nurhaida Zahari@Ghazali, 40, isteri kepada peniaga kosmetik Norhisyam Ismail, 43, yang ditemui maut terdampar di pesisir Pantai Suri, Kota Bharu pada 28 Januari lalu.

Mayat Norhisyam ditemui selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu.

Menerusi akaun TikTok Nurhaida, dia memuat naik satu video dirinya bersama Allahyarham suami duduk melihat pemandangan pantai.

Di ruangan kapsyennya, Nurhaida melahirkan rasa syukur kerana akhirnya suaminya ‘pulang’ selepas lebih dua minggu hilang.

“Allahuakbar, saya tidak pernah menolak Abe. Terima kasih sebab pulang semula kepada saya. Saya boleh rasa yang awak pun rindukan saya,” luahnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil keretanya yang rosak sebelum dia terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu.

Seterusnya, mayat yang dijumpai di pesisir Pantai Suri 28 Januari lalu disahkan oleh isteri mangsa selepas membuat pengecaman berdasarkan seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh Norhisyam sebelum kejadian.

Nurhaida juga berkata suaminya mengalami tekanan perasaan yang melampau tiga hari sebelum kejadian.

Katanya, Allahyarham dilihat tidak senang duduk dan begitu tertekan apabila ada pihak yang cuba menjatuhkannya bagi jawatan pengerusi sebuah persatuan peniaga pasar malam. – KOSMO! ONLINE

@idakosmetikAllahuakhbarrrr…. Kite x pernah berenggan Abe… kasih syg awk tu sampai ke ht sy… sy dpt rasa awk pun pasti rindu sy🥺🥺🥺♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI