fbpx
Gambar Hiasan

Tunggu 2026 selesai isu bayar van tetapi tak naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Hujung bulan ini timbul lagi ketidakpuasan hati ibu bapa berhubung bayaran van dan bas sekolah bagi pelajar di sekolah menengah.

Isu tidak puas hati ini timbul bukan kepada perkhidmatan bas sekolah tetapi kepada takwim persekolahan pengakhiran sesi 2023-2024.

Keadaan berlaku apabila pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 telah habis bersekolah untuk sesi itu pada 24 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu menduduki ujian lisan.

Itu bermakna sepatutnya pada bulan Februari pelajar-pelajar ini tidak bersekolah langsung tetapi masih perlu membayar perkhidmatan van dan bas sekolah.

Sekarang pun murid-murid sekolah rendah sudah menghantar buku teks bagi persekolahan 2023 dan elok kiranya cuti sekolah telah bermula bulan hujung bulan Januari (semalam).

Sebaliknya yang berlaku apabila takwim cuti akhir persekolahan sesi 2023-2024 bermula 9 Februari sehingga 10 Mac. Itu bermakna setiap bulan kena bayar bas sekolah walaupun tidak ke sekolah.

“Siapalah buat takwim ini, tidak cakna langsung, awal bulan Januari lagi budak-budak sudah tidak belajar, patutnya takwin itu dianjakkan lebih awal agar tidak bertembung dengan 1 Ramadan (12 Mac) ketika buka sesi persekolahan baharu 2024-2025 pada 11 Mac,” kata seorang kenalan penulis.

Kata kenalan itu lagi, jika dianjakkan lebih awal lebih cepatlah peralihan cuti akhir sesi persekolahan balik asal pada hujung tahun bukan lagi pada bulan Mac.

Betul juga kata kenalan itu, anak penulis sendiri sudah hampir dua bulan habis belajar khatam silibus, akhirnya ke sekolah hanya untuk habiskan masa sehari-sehari.

Bagi sekolah yang ‘rajin’ pelbagai aktiviti diadakan di sekolah seperti karnival dan sebagainya.

Selain itu mereka hanya ke sekolah hanya untuk menghabiskan hari-hari sahaja sambil bermain kad-kad permainan.

Bertabahlah kita bergolak isu bas sekolah dan van sekolah sehingga 2026 nanti.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding bermula Mac yang dilaksanakan sejak tahun lalu susulan pandemik yang melanda.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan, kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Jika ada kumpulan WhatsApp bas sekolah yang meminta yuran bulan Februari walhal anak sudah tidak naik van, kita anggap sahaja sedekah, bekalan pahala kita sendiri juga di akhirat nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN