fbpx

Serangan laser pada pesawat melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan memancar laser ke arah pesawat akan menjejaskan penglihatan juruterbang. - Rathke/iStockphoto

WASHINGTON – Aduan mengenai pancaran laser ke arah pesawat yang sedang dalam penerbangan meningkat kepada angka tertinggi di Amerika Syarikat (AS) pada 2023, lapor saluran berita NBC News semalam.

Data Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mendedahkan bahawa laporan mengenai serangan laser mencecah lebih 13,000 kes pada 2023 berbanding 9,457 kes tahun sebelumnya.

Penunjuk laser yang boleh dibeli secara online pada harga serendah AS$20 (RM94), berisiko mengganggu penglihatan juruterbang dan menyebabkan ‘buta kilat’ atau hilang penglihatan sementara.

Tindakan memancarkan laser ke arah pesawat boleh menimbulkan bahaya semasa pesawat berlepas dan hendak mendarat.

“Apabila memancarkan laser ke arah kokpit, anda bukan sahaja menjejaskan juruterbang, malah nyawa semua penumpang di dalam pesawat tersebut,” kata  juruterbang syarikat penerbangan American Airlines, Dennis Tajer.

Juruterbang diarah membuat aduan polis kerana perbuatan itu diklasifikasikan sebagai kes jenayah.

Individu yang didapati bersalah memancarkan laser ke arah pesawat dan laluan penerbangannya boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Data FAA mendedahkan bahawa penunjuk laser berwarna hijau paling biasa dipancarkan ke arah juruterbang. 

Editor laman LaserPointerSafety.com, Patrick Murphy berkata, laser hijau adalah paling banyak dijual dan lebih terang berbanding laser merah dan biru. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI