fbpx

Salur maklumat kepada LGM aktiviti curi susu getah – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video serbuan Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan LGM ke atas sebuah premis terlibat aktiviti sedut curi susu getah di Sungai Petani, Kedah.

PETALING JAYA – Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung pelanggaran pelesenan dan penguatkuasaan dalam industri getah diminta membuat aduan kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan LGM baru-baru ini melakukan serbuan ke atas kes sedut curi penghasilan susu getah bertujuan dijual kepada pembeli haram di pasaran gelap.

“Pemeriksaan dijalankan di atas aduan dan risikan. Orang awam dialu-alukan sekiranya mempunyai sebarang maklumat untuk membuat aduan berkaitan pelesenan dan penguatkuasaan dalam industri getah.

“Aduan kepada LGM boleh dibuat melalui SISPAA – Sistem Pengurusan Aduan Awam LGM https://lgm.spab.gov.my/eApps/system/index.do,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Menurut Johari, LGM akan terus menjalankan operasi bagi mengawal selia rantaian industri getah yang beroperasi khususnya bagi membanteras kes sedut curi susu getah.

Beliau turut memuat naik rakaman video serbuan dilakukan Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan LGM ke atas sebuah premis di Sungai Petani, Kedah pada 11 Januari 2024 yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti sedut curi susu getah.

Dalam serbuan itu, Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan LGM merampas enam tong berisi susu getah dengan anggaran berat 12 tan serta melakukan sitaan lain bernilai kira-kira RM66,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI