fbpx

SPRM beku akaun milik Tan Sri bernilai puluhan juta ringggit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai kira-kira puluhan juta ringgit.

Menurut sumber, pembekuan tersebut adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak bulan Julai tahun lalu.

Kata sumber, SPRM telah menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan yang berusia 70-an tersebut dan memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

“SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting yang terdiri daripada agensi kerajaan terlibat dan juga individu-individu daripada syarikat yang mendapat perolehan membekal serta menguruskan fleet kenderaan kerajaan Malaysia.

“Lebih 100 akaun persendirian dan syarikat bernilai jutaan ringgit yang berada di bawah kawalan Tan Sri berkenaan telah dianalisis bagi melihat trend pemindahan wang kepada individu tertentu.

“Daripada jumlah tersebut, SPRM telah membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI