fbpx

Penulis blog `Sang Kelembai’ didakwa buat hantaran jelik mengenai vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Penulis blog ‘Sang Kelembai’, Datuk Abd. Zarin Mohd. Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin menerusi laman Facebook miliknya empat tahun lalu.

Abd. Zarin, 72, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi Facebook menggunakan nama `Zaharin Mohamad Yasin’ pada 2.03 pagi, 21 Disember 2020.

Hantaran itu telah dibaca di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 3 petang, 22 Disember 2020.

Abd. Zarin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan OKS tidak membuat sebarang hantaran mengenai kes itu sepanjang prosiding berlangsung.

Peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat mewakili Abd. Zarin memohon jaminan rendah kerana OKS yang merupakan pesara swasta dan pernah bekerja sebagai pengamal media serta seorang penulis menghidap penyakit kencing manis yang kronik dan darah tinggi.

Peguam berhujah, OKS mempunyai empat anak dengan seorang daripadanya masih belajar di universiti manakala isterinya yang merupakan suri rumah akan menjadi penjamin dan menggunakan duit simpanan untuk membayar jaminan.

Hakim N. Priscilla Hemamalini membenarkan OKS diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes 26 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI