fbpx

Hari Wilayah Persekutuan 2024 disambut di Dataran Putrajaya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Orang ramai dipelawa untuk memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 (HWP 2024) yang akan diadakan di Dataran Putrajaya esok.

Lebih menarik, sambutan HWP 2024 juga akan diadakan sekali bersama program Hari Terbuka Putrajaya 2024 (POD 2024) yang turut diadakan bermula esok hingga Ahad.

Program yang diadakan menerusi inisiatif Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) juga akan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan diinginkan.

Dalam pada itu, sebanyak 61 program telah disusun sempena sambutan HWP 2024 di bawah enam teras iaitu Teras Pengiktirafan; Teras Ilmiah dan Pendidikan; Teras Usahawan; Teras Kemasyarakatan; Teras Seni dan Budaya dan Teras Sukan.

HWP 2024 yang bertemakan ‘Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni’ turut memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan kepada golongan B40 dan miskin di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

Selain itu, program 50 Tahun Wilayah Persekutuan juga akan berlangsung hingga Disember depan di mana mempunyai pelbagai pengisian bersifat komuniti.

Ia termasuklah program seperti Wacana Ilmu Malaysia MADANI 50WP, Sahabat 50WP, Paint by Numbers Canvas WP, Gemuruh 50WP, Wilayah Persekutuan Berselawat, Sambutan HWP 2024, Jualan Rakyat MrGrocer@Wilayah dan Sarapan Sihat@WP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI