fbpx

‘Najib bebas, tunggu Lembaga Pengampunan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

PETALING JAYA – “Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan”.

Itu jawapan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan telah berlangsung semalam.

Dr. Zaliha yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan tidak menafikan keterlibatan beliau di dalam mesyuarat tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar Mailis Peluncuran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (Draf PTKL2040) di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Lembaga Pengampunan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dengan antara agenda mesyuarat terbabit adalah mengenai hukuman penjara yang dihadapi Najib.

Difahamkan mesyuarat berkenaan menjadi mesyuarat rasmi terakhir bagi Al Sultan Abdullah sebelum pemerintahan baginda berakhir hari ini dan kembali sebagai Sultan Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI