fbpx

Tanah runtuh: Kaji pemasangan sistem amaran awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengkaji kesesuaian pemasangan sistem amaran awal seperti tolok hujan secara komprehensif terutama di kawasan yang dikenal pasti berkerentanan tinggi tanah runtuh.

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, sistem amaran awal itu dijangka disiapkan pada hujung tahun 2024 di tujuh buah kawasan terpilih.

“Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dari semasa ke semasa akan memperluas dan mengemaskini peta berkaitan melalui input Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko
Cerun (PBRC).

“Ia bagi menyalurkan maklumat berkenaan kawasan potensi bahaya tanah runtuh kepada pihak berkepentingan.

“Kementerian komited terhadap aktiviti penyelidikan dan penggunaan teknologi tinggi terkini dalam mengenal pasti serta pemantauan kawasan ‘hotspot’ bencana geologi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kata kenyataan itu lagi, kementerian juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi teknikal untuk memperluaskan program pengurusan risiko bencana.

Katanya, ia akan melibatkan komuniti Community-Based Disaster Risk Management kepada penduduk kawasan sekitar bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bahaya bencana geologi tanah runtuh.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, katanya, JMG telah menjalankan siasatan tapak bagi mengenalpasti punca kejadian serta menentukan zon bahaya dan zon kawalan kawasan kejadian.

Menurutnya, tindakan itu bagi memastikan keselamatan anggota agensi tindakbalas semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

“Siasatan awal JMG mendapati punca kejadian disebabkan hujan berterusan bermula pada 3 petang, 24 Januari 2024 dengan jumlah kumulatif hujan harian mencapai 126 mm pada 25 Januari 2024.

“Hujan berterusan menyebabkan cerun semula jadi berkecuraman tinggi yang didasari batuan granit (lebih daripada 35 darjah) cenderung untuk runtuh,” jelasnya.

Katanya, bagi mengelakkan risiko tanah runtuh, pihaknya melalui JMG mengesyorkan pihak berkuasa tempatan mengambil kira input PBRC dalam perancangan pembangunan dan pengawalseliaan aktiviti kelestarian pertanian di kawasan bercerun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI