fbpx

Peniaga aiskrim dilabel ‘kedekut ilmu’ tidak mahu kongsi resipi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang penjual aiskrim meluahkan rasa kecewa setelah seorang pelanggan menuduhnya ‘kedekut ilmu’ kerana enggan berkongi resipi.

Menurut hantaran Sha Faz Kitchen di laman Facebook, dia telah menerima pesanan ringkas daripada seorang wanita yang pernah membeli aiskrim daripadanya sebelum ini.

Berdasarkan tangkap layar aplikasi Whatsapp yang dikongsikan oleh Sha, wanita tersebut tidak segan silu meminta resipi atas alasan aiskrim yang dibuatnya tidak ‘gebu’ dan berkrim seperti yang dijual oleh Sha.

Tangkap layar perbualan Sha dan seorang pelanggan yang dimuat naik di laman Facebook.

Malah, wanita tersebut juga melarang Sha berniaga di kawasan lain kerana tindakan tersebut mungkin akan menutup pintu rezeki orang lain.

“Saya tidak tahu hendak cakap apa. Kepada akak, jika akak di dalam senarai rakan saya di Facebook, saya minta maaf.

“Saya tidak tahu macam mana hendak jelaskan kepada akak, sebab saya juga cari rezeki dengan cara saya sendiri. Kalau akak berniaga dekat dengan saya, saya boleh tolong hebahkan.

“Sekali lagi saya minta maaf,” katanya.

Dalam hantaran sama, Sha juga mengakui telah memulangkan duit wanita tersebut sebanyak RM15.

Bagaimanapun, dalam ruangan komen, Sha mendedahkan wanita tersebut meminta RM20 atas alasan ‘tersalah kira’.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh wanita tersebut.

“Kita buat bisnes kak. Kalau saya, saya block je orang tu, buang masa saya,” kata Dyla.

“Allahuakbar. Saya pun jual aiskrim. Kenapa kakak tu dengki sangat, rezeki masing-masing kan Allah SWT tentukan,” kata Sakinah.

“Boleh pula Whatsapp penjual lain dan beri amaran macam itu. Kalau barang sendiri tak laris, jangan dengki. Selidik dulu diri sendiri,” kata Sharky.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 2,700 tanda suka dan 4,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI