fbpx

Busana inspirasi item Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMPIL bergaya dengan ceongsam moden keluaran jenama Love, Bonito sempena Tahun Baru Cina nanti.

SAMBUTAN perayaan seperti Tahun Baharu Cina merupakan masa terbaik untuk tampil bergaya bersama keluarga bagi merakam momen indah sepanjang meraikan festival tersebut.

Penggayaan pakaian klasik dengan sedikit sentuhan moden sering menjadi pilihan memandangkan ia boleh digayakan berulang kali untuk pelbagai acara lain.

Sambutan Tahun Baru Cina berbeza bagi setiap keluarga.

Ini menjadikan jenama-jenama fesyen teruja untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu dan boleh digayakan oleh semua pada sambutan perayaan itu.

Justeru, jenama pakaian wanita yang terkenal dengan siluet penuh anggun, Love, Bonito memperkenalkan seleksi busana Tahun Baharu Cina daripada rona dan gaya sedikit segar.

Pengasas bersama label pakaian itu, Rachel Lim ketika melancarkan koleksi baharunya dikenali sebagai Modern Reunions berkata, mereka amat berbangga apabila Love, Bonito sentiasa menjadi jenama yang memenuhi keperluan asas wanita Asia gemar berfesyen.

“Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang sangat istimewa bagi semua.

“Kami di Love, Bonito mahu menjadikan ini pengalaman bermakna bagi setiap keluarga, sama ada mereka yang baru bergelar ibu, keluarga campuran pelbagai budaya dan buat mereka yang mungkin telah kehilangan orang tersayang.

“Koleksi terbaharu ini merangkul identiti Asia dan kami mengambil inspirasi daripada beberapa item sinonim dengan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Misalnya, perhiasan porselin, jed dan broked untuk melahirkan gaya busana moden.

“Selain itu, kami menyediakan pakaian buat ibu dan anak yang sepadan, sekali gus menceriakan lagi potret keluarga anda,” kongsinya.

Love, Bonito cukup sinonim dengan gaya anggun dengan perincian seperti renda dan potongan baju yang menyerlah sisi kewanitaan pemakai.

Menerusi Modern Reunions, Rachel menampilkan gaya oriental moden yang didatangkan dalam set pakaian ibu dan anak dalam rona-rona menarik.

Pilihan pakaian selain warna merah menjadikan koleksi baharu itu pilihan buat wanita moden yang mahu tampil berbeza dan lari daripada rona biasa perayaan berkenaan.

Dres ‘Yuri Aaymmetric Drape Maxi’ merupakan busana cheongsam yang direka dengan sentuhan moden.

Ia menampilkan garis leher drep dan potongan yang sedikit panjang berbanding ceongsam tradisional, sesuai buat gaya sopan.

‘Yanna Mandarin Collar Romper’ pula merupakan busana romper dengan kolar Mandarin dan tali boleh dilaras pada bahagian pinggang untuk gaya lebih langsing.

Malah, perincian poket pada bahagian sisi baju pula khusus untuk menyimpan ‘angpau’ atau duit raya yang bakal diterima.

Koleksi Modern Reunions boleh dibeli pada harga antara RM85 hingga RM249 di semua butik Love, Bonito di seluruh negara dan laman web jenama itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI