fbpx

Bobby Deol terkejut dicium peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOBY DEOL dicium peminat tidak semena-mena.

MENYAMBUT hari jadi ke-55 pada 27 Januari lalu, aktor Bobby Deol berdepan pengalaman mengejutkan apabila menerima hadiah tidak dijangka iaitu satu ciuman.

Anak pelakon senior Dharmendra itu pada awalnya enggan mengecewakan peminat apabila sanggup memenuhi permintaan seorang wanita untuk bergambar bersama.

Walaupun beberapa pengawal peribadinya cuba meminta peminat terbabit beredar, Bobby memberikan isyarat agar membiarkan individu terbabit berbual seketika dengannya.

Selepas bercakap, wanita berkenaan meminta izin untuk merakamkan gambar tetapi tidak semena-mena bibirnya mengucup Bobby.

Dalam video yang tular, dapat dilihat bapa kepada dua cahaya mata itu menunjukkan reaksi kurang selesa atas tindakan spontan peminat terbabit.

Rata-rata komen dalam laman sosial melayangkan kecaman kepada wanita itu kerana melakukan perbuatan tidak sopan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI