fbpx

Piala Asia: Qatar tak ambil mudah Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAM (kanan) menjadi watak penting buat Qatar merekodkan kemenangan bersih daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini. – AFP

AL KHOR – Juara bertahan, Qatar enggan memandang rendah kemampuan Palestine biarpun kelebihan lebih memihak kepada mereka menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Asia di Stadium Al Bayt tengah malam ini.

Berdasarkan rekod kedua-dua pasukan, Qatar tidak pernah tewas dan hanya seri dua kali dalam lapan pertemuan menentang Palestin ­dengan kali terakhir menang 3-0 pada aksi persahabatan antarabangsa enam tahun lalu.

Tuan rumah Piala Asia itu juga mara ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan A ­dengan rekod kemenangan bersih, manakala Palestin layak selaku salah satu daripada empat pasukan ketiga terbaik.

Ketua jurulatih Qatar, Tintin Martinez mengingatkan anak-anak buahnya supaya menghadapi perlawanan itu dengan ‘minda kosong’ tanpa memikirkan status pasukan lawan.

“Apabila bercakap mengenai perlawanan kalah mati, apa sahaja boleh berlaku. Jadi kami akan turun ­dengan kekuatan penuh.

“Saya harap para pemain tidak leka dan kekalkan persembahan terbaik sama seperti bermain tiga perlawanan sebelum ini. Objektifnya cuma satu iaitu layak ke pentas final,” katanya.

Dua penyerang Qatar, Akram Afif dan Almoez Ali menjadi taruhan kerana kedua-dua mereka berjaya merakam empat jaringan buat The Maroons setakat ini.

Malah, mereka berdua turut meledak gol sewaktu kali ter­akhir menentang Palestin pada 2018 selain satu lagi jaringan ketika itu dijaringkan oleh kapten, Hassan Al-Haydos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI