fbpx

Puteri Balqis berkelas tersendiri, nombor satu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKONAN Puteri Balqis dalam drama Rampas Cintaku 2 dikatakan paling menyerlah berbanding pelakon lain.

BAKAT seni Puteri Balqis atau Aqish memang tiada tandingan, siapa sahaja yang menonton lakonannya pasti mudah tergamam.

Terbaharu, pelakon muda itu mengundang pujian ramai apabila babak lakonannya bersama Zamarul Hisham menerusi drama Jangan Rampas Cintaku 2 tular dalam media sosial.

Bukanlah kali pertama dia meraih pujian tetapi kali ini makin ramai berasa kagum kerana momentum kehebatan lakonan yang menyerlah sejak itu menunjukkan peningkatan, makin bagus!

Bukan sahaja netizen dan Diva, rupa-rupanya pelakon Izara Aishah pun turut kagum dengan bakat lakonan yang dimiliki Aqish.

“Puteri Balqis is ‘underrated’ (kurang diberi perhatian). Sangat berbakat dan dalam kelas tersendiri, nombor satu,” katanya ringkas.

Diva memang setuju sangat dengan pendapat Izara. Memang patut ada orang industri yang memperkatakan hal tersebut.

Selain Izara, Aqish juga dihujani dengan pujian daripada netizen yang berpendapat dia selayaknya sekali lagi diangkat menjulang trofi pelakon terbaik.

“Lakonan Aqish memang level lain, setiap dialog dilontarkan sebutir-sebutir. Memang power!

“Tolonglah beri pengiktirafan lagi pada Aqish, lakonan dia memang kalahkan pelakon wanita dewasa lain, ternganga tengok,” puji netizen.

DIVA: Geram dengan selebriti yang pandang rendah kerja para wartawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI