fbpx

Pelajar perubatan tak cukup wang beli stetoskop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran WhatsApp seorang pelajar perubatan kepada Muhamad Akmal.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkongsi kisah seorang pelajar universiti yang mahu meminjam stetoskop perubatan miliknya.

Beliau yang juga seorang doktor dalam satu hantaran di Facebook berkata, pelajar perubatan universiti tempatan tersebut mengadu dia tidak memiliki cukup wang untuk membeli alat tersebut.

“Bila dapat WhatsApp macam ini, memang terasa sungguh hati. Masa saya ‘medical school’ dulu pun saya pinjam stetoskop abang-abang senior sebab nak beli mahal ketika tu.

“Jadi tak perlu pinjam saya punya dik, abang bagi hadiah terus stetoskop baru untuk awak. Moga menjadi pembakar semangat untuk awak jadi doktor yang berjaya dan berbakti kepada orang kampung,” katanya.

Muhamad Akmal turut berkongsi tangkap layar hantaran WhatsApp pelajar tahun 1 bidang perubatan dan tahfiz berkenaan di akaun Facebook beliau.

Pelajar itu antara lain memaklumkan, dia merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan telah lima bulan belum mendapat elaun kerana masih dalam proses.

“Kalau doktor tak keberatan, saya berhasrat nak meminjam stetoskop satu untuk kegunaan belajar sebab elaun Mara masih dalam proses.

“Saya bukan tak minta pada ibu bapa, tapi sebab dah hampir lima bulan tanpa elaun, jadi seluruh perbelanjaan saya termasuk duit sewa rumah ibu bapa saya dah tanggung sepenuhnya.

“Jadi saya agak berat hati nak minta tolong mereka, maka saya minta jasa baik Dr. Akmal untuk meminjamkan stetoskop sahaja.

“Insya-Allah selepas sahaja saya dapat elaun, saya beli yang baharu dan pulangkan kembali kepada Dr. Akmal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI