fbpx

KWSP suami bukan harta sepencarian buat isteri, mesti dibahagi mengikut faraid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING – Segelintir isteri masih tidak mengetahui bahawa wang caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suami bukannya harta sepencarian dan pembahagian mesti mengikut faraid.

Menjelaskan perkara itu, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Ini kerana katanya, wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP, maka wang itu adalah milik si mati.

Malah perkara itu juga telah diputuskan oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000.

“Selepas kematian suami, semua harta yang dimiliki atas nama suami tersebut adalah dikira sebagai harta pusaka. Jadi, bahagian faraid bagi seorang isteri adalah 1/8 sahaja sekiranya suami mempunyai anak.

“Bahagian tersebut sangat kecil bagi seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak kecil yang ditinggalkan simati atau arwah suami,” katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut katanya, sekiranya isteri menerima sebagai penama dalam KWSP selepas kematian suami, wajib bagi isteri tersebut membahagikan bahagian sebagaimana bahagian faraid.

“Memang sikitlah bahagian isteri jika ada ramai anak dari simati dan juga ramai isteri. Inilah cabaran yang akan diterima oleh isteri untuk ‘survive’ selepas kematian mengejut suami.

“Kalau suami meninggalkan banyak duit KWSP beratus-ratus ribu, ada la juga bahagian ribu-ribunya.

“Kalau ada hanya sekitar RM10,000 sahaja sewaktu kematian tersebut, bank simpanan pun sedang ‘stuck’ sebelum ada perintah pusaka, berapa agaknya tempoh untuk isteri tersebut bertahan jika dia pun bergantung penuh pada suaminya semasa hidup?,” soalnya.

Bagi menyelesaikan isu berkenaan kata Fahmi, suami perlu tinggalkan hibah takaful kepada isteri untuk ‘survive’ membesarkan anak-anak.

“Jangan ada rasa ‘biarlah mereka urus sendiri’ sedang kita menagih doa mereka sewaktu di alam sana,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI