fbpx

Cuba larikan isteri orang, lelaki kritikal dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki dibelasah sekumpulan individu selepas dipercayai mahu melarikan kekasihnya yang juga isteri orang, dalam kejadian di sebuah kedai makan, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah berjumpa dengan rakannya di kedai makan berkenaan bagi membincangkan mengenai hubungan terlarang itu kira-kira pukul 10.15 pagi

Bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa dipukul seorang lelaki sehingga mengakibatkan hidungnya berdarah sebelum dibawa ke sebuah pondok.

“Di lokasi berkenaan, mangsa kemudian dipukul suspek bersama beberapa individu lain sehingga tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Selayang oleh rakannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Azam berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati dan marah terhadap mangsa kerana ingin melarikan isterinya.

Sehubungan itu, Mohd. Azam berkata, pihaknya menahan lima individu termasuk tiga wanita berusia 22 hingga 32 tahun secara berasingan, di sini serta di Taman Puteri Wangsa, Johor Bharu pada Jumaat dan Sabtu.

“Kita turut merampas enam telefon bagi membantu siasatan, semakan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai sembilan rekod lampau dan satu rekod masih dikehendaki.

“Mangsa yang berusia 24 tahun itu dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di hospital,” ujarnya.

Tambah Mohd. Azam, polis sedang mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan, manakala kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI