fbpx
SYAZWANI (kiri) bersama pengasas produk Nurraysa, Nur Aini ketika diundang ke Radio IKIM.

Syazwani buktikan stokis boleh berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Desakan hidup mampu membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja demi survival.

Itu juga berlaku kepada wanita cekal bernama Syazwani Abdul Hamid yang mempunyai Sarjana Pengajian Islam dari sebuah universiti tempatan sebelum menjadi ‘monster’ stokis kepada satu jenama terkenal.

Menyorot kembali, pada mulanya, dia terpaksa akur dan ‘menyimpan’ skrol sarjana diperoleh dengan menjadi suri rumah serta menjaga anak.

Lebih sedih, majikan tempat kerja suami tercinta juga beberapa kali culas dan tidak dapat membayar gaji selama beberapa bulan kerana pelbagai masalah tak terduga.

“Desakan dan ujian hidup membuatkan saya serta suami jadi buntu.

“Kami pernah membuat keputusan untuk menjual kereta demi kelangsungan hidup.

“Ditambah dengan kos hidup yang melonjak naik, banyak tuntutan dan hutang perlu dilunaskan.

“Bukan setakat kereta saja dijual, barang kemas yang dibeli waktu kami bernikah pun terpaksa dipajak.

“Satu keputusan drastik yang saya sendiri tak jangka akan buat.

“Tambah pula, ia membabitkan ‘harta’ yang ada nilai sentimental kepada saya,” katanya kepada Aura baru-baru ini.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, semangatnya tidak mudah pudar, sebaliknya terus bangkit dan tahu ada rezeki yang telah disusun oleh Allah SWT.

SYAZWANI dan suami mampu mengubah kualiti hidup selepas menjadi stokis kepada produk Nurraysa.

Ujarnya, dia pernah mempertaruhkan diri menjadi pengasas jenama tudung, namun tidak dapat bertahan lama dan akhirnya menjerut diri.

“Serba-serbi tindakan saya ketika itu menjerut diri.

“Ketika itu, saya akui gagal dan ‘frust’ kerana tiada bimbingan khusus dalam perniagaan.

“Saya sendiri pernah melalui situasi dalam dompet hanya ada RM10.

“Selama ini saya selalu baca cerita jatuh bangun dan inspirasi orang susah, sebelum bangkit berjaya.

“Saya fikir cerita itu hanya gimik atau penipuan semata-mata.

“Apabila melaluinya sendiri, saya sedar situasi tak berduit itu bukan propaganda atau cerita rekaan semata-mata.

“Bayangkan, anak sakit hendak pergi klinik pun begitu sukar kerana tiada wang,” ujar anak kelahiran negeri Jelapang Padi itu.

Lebih menyayat hati, Syazwani dan suaminya begitu malu dengan ibu bapa masing-masing kerana tidak mampu menghulurkan duit belanja bulanan.

Tidak duduk diam dan hanya meratap kesedihan, wanita berusia 35 tahun itu terus mencari peluang perniagaan bagi menjana pendapatan.

Tanpa diduga, niat dan keinginan itu seperti dilorongkan apabila bertemu dengan orang yang betul.

“Dipendekkan cerita, sekitar 2017, saya bertemu teman satu universiti yang kebetulan menjadi pengedar produk Nurraysa.

“Kehidupannya berubah ketara dengan jenama itu.

“Kehidupan saya pun bertambah baik dan berubah perlahan-lahan,” katanya.

Pun begitu, Syazwani mengakui, niatnya berniaga dengan jenama itu ditentang hebat keluarga pada awalnya.

“Ibu bapa mana tak sedih dan kecewa anak mereka belajar tinggi, alih-alih jadi suri rumah dan berniaga dalam talian.

“Memang niat saya itu dibantah hebat ibu bapa. Namun, saya berjaya mengubah skeptikal dan persepsi negatif mereka.

“Saya buktikan berniaga dalam talian juga boleh berjaya jika kena percaturannya.

“Mula-mula saya berniaga di rumah ibu mentua secara kecil-kecilan.

“Malah, saya terpaksa meminjam wang RM400 daripada suami untuk modal permulaan jadi stokis,” katanya.

Syazwani bersyukur, pengasas jenama Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli juga sentiasa positif dan suka memberi bimbingan serta tunjuk ajar secara konsisten.

“Tidak perlu jadi pengasas produk atau memiliki perniagaan sendiri pun boleh berjaya dengan jenama ini.

“Inilah faedah memanfaatkan fasa pandemik dengan menjana pendapatan dari rumah. Saya boleh, anda juga pasti boleh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN