fbpx

Keracunan makanan punca Zia Jia tarik diri Indonesia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA

PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa meninggalkan Indonesia Masters dengan kekecewaan selepas dihimpit masalah kesihatan akibat keracunan makanan sejak beberapa hari lalu.

Impian pemain ranking No. 10 dunia untuk melangkah ke separuh akhir Indonesia Masters gagal terlaksana apabila terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan suku akhir hari ini ketika menentang pemain Kanada, Brian.

Atas kertas, Zii Jia dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi Brian kerana mempunyai rekod kemenangan 5-0 ke atas pemain Kanada tersebut.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Zii Jia hanya sempat bertahan pada set pertama yang menyaksikan dia tewas 14-21 sebelum membuat keputusan tidak meneruskan permainan set kedua.

Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) dalam satu kenyataan berkata, Zii Jia terpaksa mengambil keputusan menarik diri susulan keadaan tubuh badannya tidak lagi mampu bertahan akibat mengalami keracunan makanan sejak beberapa hari lalu.

“Zii Jia cuba untuk menampilkan prestasi terbaiknya tetapi tidak dapat menamatkan perlawanan menentang Brian Yang,” kata kenyataan tersebut menerusi laman X.

Harap Zii Jia kembali pulih dan mampu menjalani latihan semula kerana dia disenaraikan untuk memimpin pasukan Malaysia menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang bermula 13 Februari ini nanti.

Pagi tadi, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan Zii Jia bersama tiga lagi perseorangan lelaki negara iaitu Ng Tze Yong, Justin Hoh dan Eogene Ewe.

Sementara itu, beregu negara pula akan dibarisi gandingan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani serta Choong Hon Jian-Haikal Nazri. -KOSMO! Online

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI