fbpx

Faisal Halim ada, Son Heung-min tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Heung-min (kiri) dan Faisal.

PETALING JAYA – Pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim tersenarai dalam kesebelasan terbaik di Piala Asia (AFC) 2023 bagi perlawanan minggu ke-3.

Menerusi perkongsian di Facebook AFC Asian Cup, Faisal diletakkan sebaris beberapa bintang ternama di Asia seperti penyerang Iraq dan Jepun iaitu Aymen Hussein dan Ayase Ueda.

Antara pemain lain yang turut tersenarai ialah bintang Korea Selatan, Lee Kang-in serta Mehdi Taremi (Iran), Ali Jasim (Iraq) dan Parvizdzhon Umarbayev (Tajikistan).

Bagaimanapun, bintang Tottenham Hotspur yang juga kapten Korea Selatan, Son Heung-min tidak tersenarai bagi minggu ini.

Pada perlawanan akhir kumpulan E semalam, Faisal berjaya menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya menjaringkan gol penting untuk Harimau Malaya ketika menentang Korea Selatan.

Gol tersebut yang menjadi pencetus kepada kebangkitan skuad Harimau Malaya disifatkan sebagai ‘goal of the tournament’ oleh peminat bola sepak tanah air.

Meskipun berjaya mengikat kedudukan seri 3-3 dengan Korea Selatan, perjalanan Harimau Malaya terhenti di peringkat Kumpulan E sementara tiga pasukan iaitu Bahrain, Korea Selatan dan Jordan mengesahkan kemaraan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI