fbpx

10 lagi Ahli Parlimen pembangkang akan sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz

PETALING JAYA – Kira-kira 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam satu sidang akhbar di kediamannya, di Puchong hari ini.

Menurutnya, ia membabitkan lima Ahli Parlimen dari kawasan utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta tiga dari kawasan timur iaitu masing-masing Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kawasan tengah pula membabitkan seorang Ahli Parlimen dari Melaka dan seorang lagi Ahli Parlimen dari Selangor. Saya sebut kawasan (wilayah) tetapi tak sebut nama kawasan.

“Berikan kebebasan kepada Ahli Parlimen ini bila dia nak beri sokongan. Mereka sedang berfikir, dijangka (menyatakan sokongan kepada Anwar) menjelang sesi Parlimen, 28 Februari ini,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi yang merupakan ahli Bersatu keenam membuat kenyataan menyokong Anwar.

Kosmo! pada 11 Disember lalu melaporkan Syed Abu Hussin mendakwa sebanyak lapan Ahli Parlimen pembangkang dijangka akan beralih dan memberikan sokongan kepada Anwar, pada Februari depan.

Setakat ini, Sebelum ini, sebanyak lima wakil rakyat dari Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar iaitu, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan) termasuk Syed Abu Hussin Hafiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI