fbpx

Kes ‘batuk 100 hari’ meningkat di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KES batuk kokol kini meningkat dengan mendadak di Britain - Foto Getty Images

LONDON – Pesakit batuk kokol atau ‘batuk 100 hari’ diminta tidak pergi ke tempat kerja atau sekolah walaupun selepas mendapatkan rawatan berikutan kes penyakit itu yang semakin meningkat di Britain, lapor portal berita The Sun semalam.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mengemas kini panduan untuk penghidap  penyakit tersebut  termasuk meminta mereka tidak pergi ke sekolah, tempat kerja atau taman asuhan kanak-kanak.

Kemas kini itu juga meminta pesakit menjauhi tempat awam dalam tempoh 48 jam selepas mula mengambil ubat antibiotik untuk merawat batuk kokol.

Orang ramai juga disaran supaya mengasingkan diri selama tiga minggu selepas terdapat simptom batuk kokol jika mereka tidak mengambil ubat antibiotik.

Nasihat itu diberikan selepas kes batuk kokol meningkat tinggi dalam tempoh beberapa minggu pada tahun ini ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak  2012 dan 2015.

Pada bulan ini sahaja NHS merekodkan sebanyak  135 kes batuk kokol, demikian menurut Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), berbanding 200 kes sepanjang tahun 2023.

Simptom penyakit itu termasuk demam selesema selama beberapa hari sebelum batuk yang kemudian menjadi lebih teruk pada waktu malam.

Ketua Program Vaksinasi Menghalang Penyakit Kesihatan Awam Wales (PHW) yang juga perunding epidemiologi, Dr. Christopher Johnson berkata, bayi berumur kurang enam bulan mudah dijangkiti penyakit batuk kokol.

“Penyakit ini boleh menjadi lebih serius dan menyebabkan pneumonia serta kerosakan otak. Bayi berusia kurang enam bulan  berisiko meninggal dunia akibat penyakit ini,” katanya.

Ketika menjelaskan mengapa kes batuk kokol meningkat di Wales, beliau berkata: “Kami melihat kadar tinggi batuk kokol dalam selang masa setiap tiga hingga empat tahun.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI