fbpx

Purata tarif air Melaka naik 16 sen per meter padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF (tengah) pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Purata kenaikan tarif air bagi kategori domestik di Melaka adalah sebanyak 16 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kenaikan itu adalah yang keempat terendah di negara ini berbanding purata kenaikan tarif kategori domestik di Semenanjung pada 22 sen per meter padu.

Katanya, caj minima untuk kategori domestik kediaman dinaikkan daripada RM6 kepada RM8.70, manakala tarif di bawah 20 meter padu meningkat dari 60 sen kepada 87 sen bagi setiap meter padu.

“Sebanyak 81,000 pengguna akaun domestik atau 27 peratus pengguna biasa dijangka mengalami kenaikan bil air bulanan secara purata RM13.95 sebulan bagi penggunaan 21 sehingga 35 meter padu.

“Bagi 66,000 akaun pengguna lebih 35 meter padu, mereka akan menerima kenaikan bil air lebih tinggi disebabkan konsep tarif punitif yang diguna pakai,” katanya,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, kira-kira 150,000 pengguna akaun domestik atau 51 peratus pengguna berhemah tidak akan terjejas secara signifikan walaupun tarif air dinaikkan sebanyak 27 sen bagi setiap meter padu kerana peningkatan bil adalah minimum iaitu antara RM2.70 hingga RM5.40 sebulan.

“Kali terakhir pelarasan tarif domestik dilaksanakan di Melaka adalah pada April 2011 iaitu 13 tahun yang lalu dan bermula 1 Februari 2024, berkuat kuasa pelarasan tarif baharu bersama dengan caj elektrik sebanyak 7 sen setiap meter padu kepada semua kategori pengguna.

“Ia melibatkan sebanyak 297,000 akaun pengguna domestik dan 46,000 akaun pengguna bukan domestik,” ujarnya.

Katanya lagi, perkara itu bagi membolehkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mengatasi perubahan kos elektrik disebabkan oleh surcaj pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI