fbpx

Man On The Run: Biar mahkamah putuskan – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap ketika sidang akhbar di Kementerian Komunikasi, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah bagi menentukan permohonan untuk menarik balik tayangan filem dokumentari ‘Man On The Run’.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, permohonan itu perlu dirujuk kepada pihak mahkamah kerana ia telah dizahirkan di mahkamah.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pihaknya tidak boleh mendahului mahkamah dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Memandangkan ia suatu perkara yang telah dizahirkan dalam mahkamah maka, kita perlu rujuk perkara itu kepada mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga telah mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara dan penasihat undang-undang kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai perkara itu.

Fahmi berkata, pandangan ketiga-tiga pihak itu selari dan selaras bahawa tidak berlaku apa-apa isu ketika filem dokumentari itu ditayangkan di khalayak umum pada Oktober tahun lalu.

“Filem itu telah ditayangkan di pawagam pada bulan Oktober tahun lalu dan pada waktu itu, Lembaga Penapisan Filem telah memberi kelulusan tayangan,” katanya.

Sebelum ini, Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika memberitahu Mahkamah Tinggi, mendakwa dokumentari berdurasi satu jam 38 minit itu sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan, dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI