fbpx

Gangguan air di Pulau Pinang tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow pada sidang akhbar mengenai isu bekalan air di Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kira-kira 120,000 pengguna air di daerah Barat Daya harus bersedia berdepan gangguan bekalan air sekurang-kurangnya tujuh hari sehingga 30 Januari ini sekiranya operasi pembaikan paip bocor di dasar Sungai Perai, dekat sini gagal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak iaitu melibatkan plan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350 milimeter (mm).

Katanya, pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai yang bocor.

“Jika plan A berjaya ia dapat memulihkan perkhidmatan bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas menjelang pukul 8 pagi, Jumaat ini ini manakala bakinya pada pukul 8 pagi Sabtu dan ia merupakan penyelesaian sementara.

“Ini kerana PBAPP perlu menutup penyaluran air pada Selasa serta Rabu untuk membolehkan pelan B iaitu kerja-kerja menukar saluran air dari paip dasar Sungai Perai ke dua paip baharu 600 mm merentasi Sungai Perai,” katanya selepas meninjau sambutan Thaipusam di Jalan Macalister di sini, hari ini.

Untuk rekod, kejadian paip bocor di bawah air di Sungai Perai semalam merupakan kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Menurut Kon Yeow, jika plan A itu tidak berjaya dilaksanakan, PBAPP terpaksa melaksanakan plan B iaitu menghentikan penyaluran bekalan air kepada pengguna sehingga 30 Januari depan.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, setelah pelan B siap, tiada lagi risiko atau ancaman kepada perkhidmatan bekalan air di Barat Daya berkaitan Sungai Perai.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan memaklumkan status terkini berkaitan plan A itu kira-kira pukul 4 petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI