fbpx

[VIDEO] Paip di Sungai Perai bocor lagi, 200,000 pengguna terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paip dasar Sungai Perai yang dilaporkan pecah buat kali ketiga, petang tadi dan akan menjejaskan 200,000 pengguna air di Pulau Pinang terutama di daerah Barat Daya.

GEORGE TOWN – Satu lagi kejadian paip bocor dikesan berlaku di dasar Sungai Perai dekat sini, hari ini yang akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di negeri ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, pihaknya telah mengesan kebocoran besar secara mendadak pada bahagian saluran paip bawah permukaan air 1,350 milimeter (mm).

”PBAPP sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum. Langkah ini mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai,” katanya di sini, hari ini.

Untuk rekod, kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai hari ini merupakan kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Ekoran beberapa kejadian paip bocor itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, di Seberang Perai bagi mengatasi masalah saluran paip bawah air yang bocor di sungai berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di daerah Barat Daya seperti di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas, Bukit Gedung dan sebagainya telah mengalami gangguan bekalan bermula kira-kira pukul 5 petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI