fbpx

Mahathir tiba di YKP untuk dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini.

Kenderaan membawa Dr. Mahathir dilihat memasuki YKP pada jam 2.37 petang tadi.

Dr. Mahathir tiba dengan menaiki Lexus berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran KBX 1.

Difahamkan polis akan merakam keterangan Mahathir pada pukul 3 petang ini berhubung kenyataan dibuatnya yang dipercayai menyentuh masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini.

Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan itu dibuat menerusi satu temu bual bicara baru-baru ini sebelum ia mengundang kecaman ramai.

Beliau mendakwa masyarakat India di negara ini masih terikat dengan negara asal mereka.

Kenyataan bekas Perdana Menteri itu kemudiannya ditempelak banyak pihak dan terdapat beberapa pihak yang bertindak membuat laporan polis.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI