fbpx

Telefon bimbit Bella ditemui disorok di sebuah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INILAH rumah yang didakwa ahli keluarga tempat telefon bimbit milik Bella disorok.

BATU PAHAT – Telefon bimbit milik Bella ditemui ahli keluarganya dipercayai disorok di sebuah rumah bagi melupuskan bukti berhubung kehilangan ibu tunggal itu pada 14 Disember lalu.

Menurut kakak Bella, Norisham Samsusah, 36, ketika djumpai telefon bimbit jenis Iphone milik Mila Sharmila, 32, dikatakan masih lagi dalam keadaan baik.

“Kerana tamak, telefon Bella djumpai dan disorok. Hp (telefon bimbit) tidak dliupuskan. Nasib menyebelahi kami sebab suspek tidak tahu password (kata laluan).

“Mungkin kalau dia tahu dia reset (kata laluan). Mungkin suspek simpan jadi apabila agaknya kes sudah reda nak jual body lock Iphone,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Norisham berkata, dia ada bertanyakan kepada rakan-rakan Bella sama ada mereka tahu mengenai kata laluan telefon bimbit adiknya itu.

Namun menurutnya, rakan Bella memaklumkan wanita itu tidak pernah memberitahu kepada sesiapa tentang kata laluan telefon tersebut.

“Tapi saya dan anak-anak memang tahu password (kata laluan) kalau jumpa memang hp (telefon) dia anak-anak saya main games (permainan video) edit gambar…Allah sedihnya, Bella memang rapat dengan anak-anak saya.

“Dia seorang yang penyayang, masa hari terakhir chat (mesej) dia memang minta hendak jaga budak-budak sempena cuti sekolah,” katanya.

Bella dilaporkan hilang pada 14 Disember lalu selepas keluar untuk mencuci pakaian di Batu Pahat sambit ditemani teman lelakinya berusia 24 tahun.

Namun ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi. Kali terakhir dia berhubung dengan kakaknya pada pukul 11.58 malam, 14 Disember lalu.

Jumaat lalu, polis menemui rangka manusia tidak sempurna yang dikaitkan dengan kehilangan Bella di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini pada pukul 2 petang.

Setakat semalam, identiti sebenar pemilik rangka tersebut masih belum diketahui.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI