fbpx

Tak serik bercinta, Sophia Albarakbah mahu fokus kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA ALBARAKBAH

PETALING JAYA – Selepas patah hati dengan kisah percintaan lalu, pelakon Sophia Albarakbah belum terdetik untuk memulakan perhubungan baharu dengan mana-mana lelaki.

Kata Sophia, 31, walaupun ada individu yang cuba mendekatinya, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya.

“Dari segi percintaan ataupun jodoh pada tahun 2024, saya tidak terfikir lagi kerana mahu fokus sepenuhnya dalam kerja.

“Nanti-nantilah pasal jodoh kerana saya memang tidak mencari ataupun fikir lagi. Kalau ada, adalah.

“Ada juga yang mendekati saya tetapi saya memang tidak berminat,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tidak serik, aktres sensasi itu sememangnya akui terkesan dengan kisah percintaan lama bersama bekas kekasih sehingga membuatkan dia lebih rela fokus kepada kerjaya.

“Sebelum ini ada rasa risau tidak akan berkahwin kerana umur makin meningkat, saya juga mahu suami dan anak tetapi tiba-tiba sahaja rasa macam tidak mengapalah.

“Ada trauma dalam kisah percintaan lepas tetapi itu bukan faktor utama cumanya memang tiba-tiba tujuan pada 2024 untuk karier.

“Bukan serik juga tapi memang tujuan saya sebegitu. Kahwin hanyalah impian saya yang bukan jadi keutamaan,” ujarnya.

Sebelum ini, Sophia mengesahkan hubungan percintaan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr. Doctor.

Dia juga sering membawa teman lelakinya ke majlis-majlis rasmi tanpa menyorokkan mengenai hubungan mereka.

Selepas lama mengunci mulut, akhirnya Sophia mengakui tidak lagi bergelar teman istimewa kepada Mr Doctor.

Spekulasi patah hati membabitkan pelakon drama From Saga With Love itu menjadi bualan apabila dilihat sering memuat naik status hantaran berbaur sedih dalam laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI