fbpx

Seksi, Bella Astillah persis Selena Gomez!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECANTIKAN Bella Astillah disamakan dengan Selena Gomez.

SEMAKIN hari semakin cantik! Itu antara pujian yang diberikan netizen terhadap Bell Astillah baru-baru ini.

Semuanya disebabkan video yang dikongsi Bella dalam akaun TikToknya yang memaparkan dia memakai dres labuh rona hijau sambil menuruni anak tangga.

Kata segelintir netizen, wajah Bella saling tak tumpah seperti selebriti terkenal antarabangsa iaitu Selena Gomez.

“Ingatkan Selena yang sedang turun tangga, rupa-rupanya Bella.

“Cantiknya Bella, lagi comel daripada Selena Gomez!” puji netizen.

Dalam semua pujian tersebut, terselit juga beberapa individu yang menegur baju dipakai Bella agak mencolok mata kerana belahan yang agak tinggi pada bahagian kain sehingga menampakkan pangkal pahanya.

Diva pun tak nafikan dres digayakan Bella memang agak seksi tetapi mungkin dia selesa dan suami pun okey, jadi tidak mengapalah.

Cuma, kalau dikecam, jangan salahkan orang lain pula ya.

DIVA: Ramai puji suara Mahalini menyanyi dalam sebuah program pagi. Suara tak ‘hauk’ pun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI