fbpx

Lima lelaki tak sempat jual 1 juta batang rokok seludup di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok seludup yang dirampas dan lori yang disita dalam dua serbuan di Kota Bharu semalam. -Foto PDRM

KOTA BHARU – Lima lelaki dipercayai penyeludup tidak sempat menjual sebanyak 1 juta batang rokok seludup bernilai RM750,000 termasuk cukai selepas mereka dicekup dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, semalam.

Kedua-dua serbuan itu dijalankan di Kampung Pauh Panji dan Kampung Panji selepas polis memeriksa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara dan dua buah lori.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan pertama dijalankan kira-kira pukul 3.45 pagi di Kampung Pauh Panji sebelum berjaya menahan tiga orang lelaki.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas SUV Perodua Kembara dan sebuah lori jenis Toyota kemudiannya menemui sebanyak 300,000 batang rokok seludup bernilai RM225,000.

“Hasil soal siasat terhadap ketiga-tiga suspek itu membawa kepada penahan seorang lagi lelaki. Kesemua suspek yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 27 hingga 59 tahun.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, polis telah menjalankan serbuan di Kampung Panji kira-kira pukul 3.30 petang pada hari yang sama dan menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan lewat 20-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan terhadap suspek telah membawa pihak polis kepada penemuan sebuah lori jenis Isuzu di Kampung Padang Mokkan yang terdapat sebanyak 700,000 batang rokok seludup yang bernilai RM525,000.

“Siasatan mendapati, kesemua rokok itu diseludup dan dijual untuk pasaran negara ini. Kelima-lima suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk permohonan tahanan reman,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI