fbpx

Pemaju roboh 88 rumah baru siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat pembinaan itu akan mengitar semula jubin dan bahan lain yang dimusnahkan. - Bav Media

LONDON – Sebuah syarikat pembinaan di Britain diarah merobohkan 88 rumah baru siap selepas semua kediaman tersebut didapati memiliki kecacatan dalam pembinaannya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Rumah dilengkapi tiga atau empat bilik tidur itu dilaporkan berharga antara £575,000 (RM3.4 juta) hingga £850,000 (RM5.09 juta) untuk satu unit.

Ia merupakan sebahagian daripada kawasan perumahan di pinggir bandar Cambridge.

Dibina oleh pemaju Barratt dan David Wilson Homes, hartanah itu merupakan sebahagian daripada projek dikenali sebagai Darwin Green. Apabila siap, kejiranan itu dijangka memiliki sekitar 1,500 kediaman.

Bagaimanapun, sebanyak 88 rumah dirobohkan selepas kecacatan dikesan pada tahun lepas. Beberapa rumah berke-naan dipercayai sudah dijual namun masih belum dihuni penduduk.

Dua jengkaut besar dikerah ke kawasan kejiranan itu kelmarin untuk meruntuhkan rumah-rumah tersebut. Kerja memusnahkan semua bangunan terbabit akan diteruskan selama 12 minggu.

Sekitar 36 rumah yang gagal mencapai kualiti pembinaan akan dirobohkan sepenuhnya, manakala 47 bangunan selebihnya akan menjalani proses baik pulih.

“Kami mempunyai proses jaminan kualiti menyeluruh dan semasa pemeriksaan, kami mendapati sebilangan kecil hartanah di Darwin Green tidak memenuhi standard kami.

“Malangnya, tindakan pa-ling berkesan pada peringkat ini ialah merobohkan rumah-rumah itu dan membinanya semula,” demikian kenyataan dikeluarkan syarikat tersebut pada tahun lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI