fbpx

Tempoh janji temu HKL bergantung kepada keadaan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjelaskan tempoh janji temu yang diberikan pihaknya kepada pesakit adalah berdasarkan keadaan mereka selepas pemeriksaan saringan dijalankan.

Pengarah HKL, Datin Paduka Dr. Rohana Johan berkata, pihaknya sememangnya memandang dan mengambil tindakan serius isu-isu yang melibatkan pengurusan tempoh temujanji yang lama.

“Untuk makluman, setiap pesakit yang dirujuk ke mana-mana klinik pakar akan disaring bagi menentukan kesesuaian tempoh temu janji untuk diberi kepada pesakit.

“Adalah menjadi hasrat HKL untuk memberikan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada setiap pelanggan HKL,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada aduan tular di X berhubung ketidakpuasan hati seorang pengadu yang mendakwa, tarikh janji temu rawatan rakannya di Klinik Pakar Psikiatri dan Rawatan Mental hospital itu terlalu lama sehingga enam bulan.

“Hasil siasatan mendapati pengadu telah hadir bersama pesakit ke HKL bagi tujuan mendapatkan tarikh temujanji di Klinik Pakar Psikiatri setelah dirujuk pihak klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Susulan itu, pesakit telah menjalani pemeriksaan saringan dan tarikh temu janji yang diberikan adalah berdasarkan keadaan pesakit,” tambahnya.

Terdahulu, perkongsian seorang wanita mengenai tempoh janji temu itu di aplikasi X mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI