fbpx

Terima notis SPRM, Mirzan perlu isytihar aset dalam 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mirzan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memanggil ahli perniagaan iaitu Mirzan Mahathir bagi membantu siasatan yang dijalankan di ibu pejabatnya di sini semalam.

Mirzan dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi sebelum satu perintah notis disampaikan kepada beliau menerusi Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

SPRM berkata, notis itu mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu.

“Perintah itu adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelas kenyataan itu, SPRM telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora juga Kertas Panama.

“Sehingga kini, seramai 10 saksi telah dipanggil bagi tujuan dirakam pernyataan.

“SPRM juga sedang mengkaji dokumen kewangan serta pemilikan aset entiti-entiti yang tersenarai dalam laporan-laporan tersebut dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI