fbpx

Lima lelaki merusuh guna kayu depan restoran diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pergaduhan yang tercetus membabitkan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Perrmas Jaya, di sini Isnin lalu dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, seramai lima lelaki berusia 17 hingga 43 tahun diberkas bagi membantu siasatan kes tersebut.

Katanya, kesemua mereka ditahan di empat lokasi berasingan di sekitar Johor Bahru pada pukul 2.30 petang, Selasa hingga 12.10 tengah malam tadi.

“Susulan tangkapan, polis merampas dua buah telefon bimbit dan dua batang kayu rotan.

“Semakan mendapati empat suspek tidak mempunyai rekod lampau manakala seorang suspek mempunyai dua kesalahan kes dadah dan satu kes jenayah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Raub berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan itu selepas video kejadian tersebut tular di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di hadapan restoran.

“Polis menerima satu laporan dibuat berhubung kejadian itu pada pada pukul 2.27 petang Selasa. Ujian air kencing mendapati mereka bebas mengambil bahan terlarang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 016-4831003 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Farra Azreen Hamzah menerusi 013-5781125. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI