fbpx

Karen’s Diner di Jakarta ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Karen’s Diner sebelum ini tular kerana menawarkan layanan buruk kepada pelanggan. – Instagram

JAKARTA – Restoran Karen’s Diner di Jakarta yang pernah tular kerana menawarkan layanan buruk kepada pelanggan disahkan telah ditutup, lapor portal berita Okezone semalam.

Menurut  bekas kakitangan kanannya, Bedwina Baptista, restoran asal Australia itu ditutup selepas kontrak kerjasama dengan jenama asalnya tamat.

“Karen’s Diner cawangan Jakarta sudah ditutup kerana ia hanya satu bentuk kerjasama selama enam bulan,” katanya.

Tambah Bedwina, restoran berkenaan di Indonesia kini hanya beroperasi di Pulau Bali.

Perkongsian Bedwina menerima pelbagai reaksi netizen dengan ramai sudah menjangkakan restoran itu akan ditutup disebabkan banyak aduan negatif daripada pelanggan.

Gimik marah-marah yang dilakukan oleh pelayan restoran juga dikatakan berlebihan sehingga membuatkan ramai pelanggan berasa tidak selesa dan marah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI