fbpx

K2

Haram makan pewarna daripada serangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pewarna daripada kumbang halus (cochineal) digunakan secara meluas dalam produk makanan dan minuman. – Gambar hiasan

Kumbang halus (cochineal) menjadi penyumbang pewarna merah semula jadi dalam industri pembuatan fabrik, produk makanan dan minuman. Bahan mentah daripada sumber tersebut sekiranya digunakan oleh pihak industri, maka ia perlu diperjelaskan hukum penggunaannya sebagai bahan makanan. Mohon pencerahan.

Jawapan: Penggunaan bahan pewarna yang diperolehi daripada serangga kumbang (cochineal) bagi tujuan makanan mahupun minuman adalah tidak dibenarkan berdasarkan pandangan jumhur fuqaha yang mengharamkan makan serangga disebabkan kategori jijik.

Hal ini kerana apa-apa yang terhasil daripada serangga adalah haram dimakan kecuali belalang berdasarkan pandangan mazhab Syafi’i, mazhab Hanafi dan mazhab Hanbali.
Kumbang cochineal adalah serangga bersisik yang berbadan lembut, rata, berbentuk bujur, tanpa sayap, kira-kira 5 mm (0.20 in) panjang dan berkelompok pada kaktus. Cochineal serangga boleh mengeluarkan pewarna semula jadi (carmine).

Asid carminic, biasanya 17–24 peratus daripada berat serangga kering, boleh diekstrak daripada badan dan telur, kemudian dicampur dengan garam aluminium atau kalsium untuk membuat pewarna carmine yang dikenali sebagai cochineal.

Hari ini, carmine digunakan terutamanya sebagai pewarna dalam makanan dan produk gincu.

Cochineal digunakan untuk menghasilkan warna merah, oren dan warna lain.

Cochineal telah digantikan hampir keseluruhannya dengan pewarna sintetik, tetapi ia terus digunakan terutamanya sebagai agen pewarna dalam kosmetik dan minuman.
Pewarna ini telah digunakan berabad-abad yang lepas.

Kamus al-Mujam al-wasith mendefinisikan al-hasyarah seerti dengan hammah iaitu kutu-kutu bumi seperti kumbang.
Al-Syirbini mendefinisikan serangga (al-Hasyarat) adalah haiwan kecil bumi yang melata, kutu kecil dan serangga yang sifatnya mengganggu.

Sebahagian berpandangan kutu bumi yang tidak mempunyai racun. Definisi al-Hasyarat menurut ahli bahasa adalah haiwan kecil yang melata di bumi. Jumhur para ulama yang terdiri daripada Syafi‘i, Abu Hanifah dan Ahmad

Hanbal berpendapat bahawa segala haiwan yang tergolong dalam kategori al-Hasyarat haram dimakan.

Ia merupakan kategori haiwan yang melata di bumi seperti lalat, nyamuk, tebuan, pacat, kumbang, tikus, ular, kalajengking, penyengat, lipas, lipan dan seumpamanya.

Mazhab Syafi’i mengharamkan makan serangga berdasarkan hujah dalil tersebut: “Dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (jijik).(Surah al- A’raf, 157)

Hujah pengharaman haiwan kecil yang melata (hasyarat) disebabkan cita rasa jijik berdasarkan surah al-A’raf. Lafaz al-khabaith ditentukan oleh cita rasa jijik bangsa Arab (istikhbath al-Arab).

Imam al-Nawawi menyatakan haram memakan serangga bumi seperti ular, kalajengking, tikus, kumbang, lipas, labah-labah, cicak, kumbang, cacing dan serangga yang berterbangan seperti lebah, tebuan, lalat serta nyamuk.

“Al-hasyarat” (haiwan kecil yang melata) dianggap haiwan yang menjijikkan berdasarkan kenyataan berikut:

“Kelompok haiwan kecil yang melata (al-hasyarat) menjijikkan (buruk) dan haram semuanya.

Pengharaman serangga berdasarkan dalil surah Al-A’raf ayat 157.

Oleh demikian, pendapat jumhur fuqaha Hanafi, Syafi’i, Hanbali mengharamkan makan serangga yang melata di bumi berdasarkan hujah ayat pengharaman cita rasa jijik dalam surah Al-‘Araf (157).

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-142 telah membincangkan perkara berkenaan.
Cadangan Hukum Penggunaan Serbuk Cengkerik Sebagai Makanan Sumber Protein. Fatwanya adalah seperti yang berikut:-

Penggunaan cengkerik sebagai bahan makanan adalah haram berdasarkan pandangan jumhur fuqaha.

Berdasarkan hujah dibentangkan, jumhur fuqaha Hanafi, Syafi‘i, Hanbali kecuali Maliki mengharamkan makan serangga yang melata di bumi.

Oleh yang demikian, penggunaan bahan pewarna merah (carmine) yang diperolehi daripada serangga kumbang (cochineal) bagi makanan mahupun minuman adalah tidak dibenarkan berdasarkan pandangan jumhur fuqaha yang mengharamkan makan serangga disebabkan kategori jijik (al-khabaith).

Justeru itu, keputusan fatwa berkenaan hukum penggunaan cengkerik sebagai bahan makanan adalah haram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI