fbpx

Gadis Banten mirip Haewon NMIXX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cunnah dikatakan mirip dengan wajah Haewon. – Instagram

JAKARTA –  Seorang gadis dari Lebak, wilayah Banten menjadi sensasi internet selepas netizen menyatakan bahawa wajahnya mirip Haewon iaitu bintang K-Pop daripada kumpulan NMIXX, lapor portal berita Okezone semalam.

Gadis bernama Cunnah itu berasal daripada suku kaum Baduy di Banten. 

Disebabkan wajahnya, pengikut Cunnah dalam akaun  TikTok miliknya melonjak. Setakat ini,  dia mempunyai lebih 132,000 pengikut.

Gadis itu sering memuat naik hantaran dia menyanyi sambil mengikuti muzik latar.

Wajah putih dan mulus Cunnah membuatkan ramai pengguna media sosial menyamakannya dengan penyanyi Korea Selatan tersebut.

Cunnah juga popular kerana gemar memakai pakaian tradisional suku Baduy. 

“Inilah Haewon versi lokal,” kata seorang netizen.

“Kalau lihat Cunnah terasa seperti melihat Haewon,” kata pengguna media sosial lain.

Sementara itu, Cunnah berkata, pujian yang  diterima membuatkan dia berasa malu dan hilang kata-kata.

“Mungkin bentuk muka yang mirip,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI