fbpx

Pengarah, penerbit Mentega Terbang nafi lukakan perasaan agama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairianwar (kiri) dan Meng Kheng ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh M.Firdaus M.Johari/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit filem kontroversi Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain dalam filem itu.

Pengarah filem itu, Mohd. Khairianwar Jailani, 32, dan penerbitnya Tan Meng Kheng, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka masing-masing di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim dan Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh sebagai pengarah, penulis skrip serta penerbit filem bertajuk Mentega Terbang didakwa telah dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran orang itu dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pukul 12.34 tengahari pada 26 Februari 2023.

Filem kontroversi Mentega Terbang yang diwartakan haram

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Abdul Malek Ayob manakala kedua-dua tertuduh diwakilli peguam N.Surandran dan Zaid Malek.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh Mohd. Khairianwar diikat jamin RM6,000 manakala Meng Kheng RM6,500.

Tertuduh Mohd. Khairianwar dikenakan syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan manakala Meng Kheng tidak dikenakan syarat itu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh dikenakan syarat dilarang memberikan apa-apa kenyataan berkaitan kes yang dipertuduhkan sehingga kes dilupuskan.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI