fbpx

Lembaga Air Perak masih kaji kenaikan tarif air negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kiri) pada sidang akhbar di jajaran Seksyen 11 WCE di Changkat Jering, Taiping hari ini. - Foto MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAIPING – Lembaga Air Perak (LAP) belum membuat keputusan berkaitan kadar kenaikan tarif air biarpun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) akan menguatkuasakan pelarasan berkenaan pada 1 Februari hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, LAP masih menjalankan kajian terhadap pelarasan tarif air di negeri ini dan pihak berkenaan tidak tertakluk kepada keputusan diumumkan SPAN tersebut.

“Tarif ini berada di bawah kuasa SPAN jadi saya percaya SPAN telah membuat keputusan berasaskan kepada permintaan daripada beberapa negeri. Jadi, apabila SPAN buat keputusan begitu, negeri Perak tertakluk kepada kajian yang dibuat LAP secara terperinci.

“Jika LAP hendak mengikut seperti mana dibenarkan oleh SPAN maka LAP perlu membawa cadangan itu dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah, kemudian dibawa ke mesyuarat Exco,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja bersama barisan exco kerajaan negeri ke Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) jajaran Seksyen 11 (Beruas-Taiping Selatan) di Changkat Jering di sini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, barisan exco kerajaan negeri akan membuat keputusan muktamad berhubung kenaikan tarif air tersebut.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri tidak tertakluk kepada pelarasan tarif air yang bakal dikuatkuasakan SPAN kelak kerana Perak bergantung kepada kajian sedang dilaksanakan terlebih dahulu.

“Kajian ini masih berjalan kerana ia tidak boleh terhenti setakat satu-satu waktu kerana mengambil kira bilangan pengguna yang bertambah, usia paip, meter dan sebagainya,” katanya.

Media hari ini melaporkan pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 1 Februari hadapan.

SPAN dalam satu kenyataan memberitahu, pelarasan tersebut melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI