fbpx

Lelaki didakwa rogol dua anak tiri ketika isteri keluar berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH yang mengaku tidak bersalah dihantar ke Penjara Sungai Udang selepas tidak mampu membayar wang jaminan. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak tirinya, sejak Jun tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 28 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah sejurus enam pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam.

Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol dua anak tirinya masing-masing berusia 14 dan 16 tahun antara pukul 8 malam hingga 9 malam di sebuah rumah bernombor, di Tanjung Kling dalam daerah Melaka Tengah antara Jun 2023 hingga 2 Januari 2024.

Bagi tiga lagi pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa tiri didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada masa, lokasi dan tarikh yang sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom hanya mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 bagi empat pertuduhan, manakala dua lagi tidak ditawarkan sebarang jaminan.

Peguam Nur Aifaa Mohd. Zain yang mewakili tertuduh bagaimanapun tidak membuat rayuan pengurangan jumlah dan memaklumkan anak guamnya tidak mempunyai kemampuan kewangan.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian memerintahkan agar tertuduh ditahan di Penjara Sungai Undang dan menetapkan tarikh 27 Februari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kosmo! pada 10 Januari lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan diberkas polis selepas disyaki memperkosa dua anak tirinya yang berusia 16 dan 14 tahun.

Hasil soal siasat, ibu kanak-kanak berkenaan telah berkahwin dengan suspek sejak tujuh tahun lalu dan perbuatan keji tersebut dilaporkan dilakukan suspek ketika wanita terbabit keluar rumah untuk berniaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI