fbpx

Kes seleweng wang zakat turut berlaku di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (duduk dua dari kiri) bersama kakitangan MAIS yang hadir pada majlis tersebut di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengakui terdapat kes penyelewengan wang zakat yang berlaku di negeri ini.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, bagaimanapun jumlah wang zakat yang diseleweng tersebut adalah tidak banyak.

“Kalau kita dengar baru-baru ini dalam laporan media, ada satu majlis agama Islam negeri yang wang zakatnya diselewengkan dalam jumlah yang besar, tidak dimasukkan ke dalam lembaga zakat mereka.

(Kes ini juga) berlaku di Selangor tetapi tidak banyak. Kita sudah buat laporan polis berhubung kes ini,” katanya selepas majlis perutusan Pengerusi MAIS bagi tahun 2024 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik jumlah penyelewengan wang zakat itu.

Justeru itu, Abdul Aziz menegaskan, pihaknya telah mengambil beberapa langkah terutama kepada mereka yang melakukan kutipan zakat bagi Lembaga Zakat Selangor (LZS) agar insiden sedemikian tidak berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI