fbpx

Pekerja asing dibenar tukar majikan, penuhi keperluan sektor – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri Dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-10 di Kementerian Dalam Negeri, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan membenarkan pekerja asing bertukar majikan bagi mengisi keperluan dalam sektor perladangan dan pertanian yang kini berdepan kekurangan tenaga kerja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing hari ini.

Beliau berkata, pertukaran itu merentasi industri yang mana pekerja dibenarkan bekerja di industri lain sekiranya sektor sepatutnya sudah penuh.

“Saya telah bertemu Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pagi tadi bagi mendapatkan gambaran tepat berhubung isu kekurangan pekerja di sektor perladangan.

“Itu kaedah yang kita akan pakai memandangkan pilihan untuk penghantaran pulang tak boleh kerana ia akan masuk kepada kategori buruh paksa. Itu akan beri kesan kepada rating kita.

“Majikan sudah bawa masuk dan terang-terang dia tidak boleh sediakan pekerjaan, jadi kita benarkan pertukaran majikan dibuat membabitkan pekerja,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa itu, hari ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata, jawatankuasa turut bersetuju supaya tempoh permohonan membawa masuk pekerja asing ke negara ini dipendekkan daripada 29 bulan 13 hari kepada 15 bulan 23 hari.

Selain itu, katanya, turut diputuskan ialah keputusan untuk meneliti semula memorandum persefahaman (MoU) dengan negara sumber. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI